Saturday, April 3, 2010

Macam-macam hal...



Kali ni aku nak berkongsi satu kisah dan kisah ni aku dapat daripada email seorang teman di mana hanya terdapat gambar sahaja di dalamnya. So aku pun dengan rajinnya(poyo je)cari ler maklumat kat dalam tenet dan akhirnya dapatlah aku berkongsi kisah ini dengan semua. Kisah ini masih kisah pasal bayi tapi mengenai amalan pelik di sebuah kampung di Castrillo de Murcia berdekatan Burgos di mana terdapat satu amalan melompat bayi yang dikenali sebagai El-Colacho yang merupakan satu amalan tradisi Sepanyol yang diamalkan semenjak tahun 1620an.



Pesta atau perayaan ini dianggap aneh dan merbahaya kerana bayi-bayi yang berusia tidak melebihi 12 bulan akan diletakkan di atas tilam dan seorang lelaki dewasa yang berpakaian seperti syaitan akan melangkau/melompat ke atas bayi-bayi ini kononnya untuk membersihkan diri dari kejahatan dan memastikan mereka selamat melalui kehidupan dan mengelakkan mereka daripada penyakit bawaan roh-roh jahat.



Sadis sungguh perayaan ni..buatnya masa melompat tu tiba-tiba terjatuh atas kepala atau perut budak tak ke naya je. Elok-elok hidup lama terus pendek umo...

No comments:

Post a Comment

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP