Thursday, April 8, 2010
Darah Babi dalam Rokok
Salam semua..pagi-pagi tadi aku masa bukak email terbacalah satu kiriman email daripada seorang rakan. Bila baca tajuknya pun macam tak caya je. Nasib baik aku tak hisap rokok..itulah ayat spontan yang keluar tapi… bila difikir-fikir balik cik abang aku aku pun merokok gak. Alang-alang aku nak bagi tau dia jadik aku pun ambil keputusan untuk dimasukkan ke dalam blog aku yang tak seberapa ni… :) Bukan apa…kalaulah benda ni betul dan kita pulak tahu dan simpan je takut gak tanggung dosakan. Jadik kat sini aku lampirkan sekali artikel yang yang aku dapat daripada email yang telah siap dialih bahasa tapi faham-faham je lah kan aku ni bukan pakar bahasa so berterabur sikit. Tak faham pun wat2 faham je lah yek.
Universiti Sydney, Profesor dari Public Health, Simon Chapman menunjukkan baru-baru ini penyelidikan Belanda telah mengenal pasti 185 perindustrian yang berbeza yang menggunakan babi termasuklah penggunaan hemoglobin dalam rokok penapis.
Prof Chapman berkata penyelidikan itu menawarkan satu pengertian sebaliknya kepada dunia kerana suka berahsia tentang pengeluaran rokok dan ia berkemungkinan akan menaikkan kebimbangan untuk orang-orang islam dan orang yahudi kerana teks-teks agama pada teras kedua-dua kepercayaan ini mengharamkan penggunaan daging babi
“masyarakat yahudi memang akan mengambil serius perkara ini dan masyarakat islam juga serta golongan vegetarian.”
“ Ia hanya akan meletakkan masalah yang tidak dikehendaki oleh industry tembakau iaitu mengisytiharkan bahan-bahan rokok…dan mereka berkata “itu ialah perniagaan kita dan satu rahsia perdagangan”.
Penyelidikan di Belanda mendapati hemoglobin babi- satu protein darah telah digunakan untuk membuat penapis rokokdan lebih berkesan untuk memerangkap bahan kimia berbahaya sebelum memasuki paru-paru perokok.
Prof Chapman juga berkata, syarikat-syarikat tembakau dengan sukarela telah menyenaraikan kandungan produk-produk mereka di laman web milik mereka. Mereka juga menyatakan tidak mengetahui ‘bantuan pemprosesan’ itu hadir dan tidak berfungsi untuk menjejaskan barangan siap.
Tempoh kesemua ini bersembunyi daripada pandangan umum tentang tatasusunan bahan kimia dan bahan-bahan lain yang digunakan dalam produk tembakau kata beliau.
Sekurang-kurangnya hanya satu jenama rokok di Greece disahkan telah menggunakan hemoglobin babi dalam proses-prosesnya dan Prof chapman mengatakan status penjualan rokok itu tidak diketahui.
“ Jika anda seorang perokok dan anda adalah daripada kepercayaan islam atau yahudi mungkin anda ingin tahu tetapi tiada cara untuk mengetahui.” Kata Prof Chapman lagi.
Pejabat Sydney British American Tobacco Australia dihubungi oleh AAP . Seorang jurucakap berkata satu komen akan disediakan.
Ishh…kalau betullah benda ni…mmg sah2 rokok tu haram. Walau apa pun kita tunggu dan lihat je lah. Selalunya bila benda-benda ni melibatkan orang yahudi segala-galanya cepat je.. yang beragama islam pulak faham-faham sendiri. Tepuk dada Tanya nak isap ke tak nak….hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment