Thursday, April 8, 2010

Darah Babi dalam Rokok


Salam semua..pagi-pagi tadi aku masa bukak email terbacalah satu kiriman email daripada seorang rakan. Bila baca tajuknya pun macam tak caya je. Nasib baik aku tak hisap rokok..itulah ayat spontan yang keluar tapi… bila difikir-fikir balik cik abang aku aku pun merokok gak. Alang-alang aku nak bagi tau dia jadik aku pun ambil keputusan untuk dimasukkan ke dalam blog aku yang tak seberapa ni… :) Bukan apa…kalaulah benda ni betul dan kita pulak tahu dan simpan je takut gak tanggung dosakan. Jadik kat sini aku lampirkan sekali artikel yang yang aku dapat daripada email yang telah siap dialih bahasa tapi faham-faham je lah kan aku ni bukan pakar bahasa so berterabur sikit. Tak faham pun wat2 faham je lah yek.
Universiti Sydney, Profesor dari Public Health, Simon Chapman menunjukkan baru-baru ini penyelidikan Belanda telah mengenal pasti 185 perindustrian yang berbeza yang menggunakan babi termasuklah penggunaan hemoglobin dalam rokok penapis.
Prof Chapman berkata penyelidikan itu menawarkan satu pengertian sebaliknya kepada dunia kerana suka berahsia tentang pengeluaran rokok dan ia berkemungkinan akan menaikkan kebimbangan untuk orang-orang islam dan orang yahudi kerana teks-teks agama pada teras kedua-dua kepercayaan ini mengharamkan penggunaan daging babi
“masyarakat yahudi memang akan mengambil serius perkara ini dan masyarakat islam juga serta golongan vegetarian.”
“ Ia hanya akan meletakkan masalah yang tidak dikehendaki oleh industry tembakau iaitu mengisytiharkan bahan-bahan rokok…dan mereka berkata “itu ialah perniagaan kita dan satu rahsia perdagangan”.
Penyelidikan di Belanda mendapati hemoglobin babi- satu protein darah telah digunakan untuk membuat penapis rokokdan lebih berkesan untuk memerangkap bahan kimia berbahaya sebelum memasuki paru-paru perokok.
Prof Chapman juga berkata, syarikat-syarikat tembakau dengan sukarela telah menyenaraikan kandungan produk-produk mereka di laman web milik mereka. Mereka juga menyatakan tidak mengetahui ‘bantuan pemprosesan’ itu hadir dan tidak berfungsi untuk menjejaskan barangan siap.
Tempoh kesemua ini bersembunyi daripada pandangan umum tentang tatasusunan bahan kimia dan bahan-bahan lain yang digunakan dalam produk tembakau kata beliau.
Sekurang-kurangnya hanya satu jenama rokok di Greece disahkan telah menggunakan hemoglobin babi dalam proses-prosesnya dan Prof chapman mengatakan status penjualan rokok itu tidak diketahui.
“ Jika anda seorang perokok dan anda adalah daripada kepercayaan islam atau yahudi mungkin anda ingin tahu tetapi tiada cara untuk mengetahui.” Kata Prof Chapman lagi.
Pejabat Sydney British American Tobacco Australia dihubungi oleh AAP . Seorang jurucakap berkata satu komen akan disediakan.

Ishh…kalau betullah benda ni…mmg sah2 rokok tu haram. Walau apa pun kita tunggu dan lihat je lah. Selalunya bila benda-benda ni melibatkan orang yahudi segala-galanya cepat je.. yang beragama islam pulak faham-faham sendiri. Tepuk dada Tanya nak isap ke tak nak….hehe

Saturday, April 3, 2010

Macam-macam hal...



Kali ni aku nak berkongsi satu kisah dan kisah ni aku dapat daripada email seorang teman di mana hanya terdapat gambar sahaja di dalamnya. So aku pun dengan rajinnya(poyo je)cari ler maklumat kat dalam tenet dan akhirnya dapatlah aku berkongsi kisah ini dengan semua. Kisah ini masih kisah pasal bayi tapi mengenai amalan pelik di sebuah kampung di Castrillo de Murcia berdekatan Burgos di mana terdapat satu amalan melompat bayi yang dikenali sebagai El-Colacho yang merupakan satu amalan tradisi Sepanyol yang diamalkan semenjak tahun 1620an.



Pesta atau perayaan ini dianggap aneh dan merbahaya kerana bayi-bayi yang berusia tidak melebihi 12 bulan akan diletakkan di atas tilam dan seorang lelaki dewasa yang berpakaian seperti syaitan akan melangkau/melompat ke atas bayi-bayi ini kononnya untuk membersihkan diri dari kejahatan dan memastikan mereka selamat melalui kehidupan dan mengelakkan mereka daripada penyakit bawaan roh-roh jahat.



Sadis sungguh perayaan ni..buatnya masa melompat tu tiba-tiba terjatuh atas kepala atau perut budak tak ke naya je. Elok-elok hidup lama terus pendek umo...

Friday, April 2, 2010

Buang bayi! Salah lelaki atau perempuan?


Aku pun bukannya pandai sangat nak menulis tetapi kadang-kadang tu rasa nak minta jugak pendapat orang bila kepala ni dah sarat pikir yang bukan-bukan. Maklumlah aku ni mmg jenis seorang yang suka berfikir. Sambil jalan, sambil memandu, sambil makan dan kadang-kadang tu tido pun leh berfikir. Benda-benda yang aku pikir? dari masalah sendiri sampailah masalah negara. Dasyat gak aku ni kan.... :) So kalau-kalau ada kekurangan bagi ler tau.

Isu buang bayi ni bukannya baru lagi kat Malaysia ni..dah lapuk malah sejak aku baru nak kenal ABC sampailah giliran aku ngajar ABC kat budak-budak yang baru nak membesar ni . Dulu-dulu aku tak pasti sangat sama ada seteruk skang atau tidak sbb maklumlah masa tu bebudak lagi.

Kat facebook pun aku tengok ada satu group yang menentang pembuangan bayi ni. Ramai jugalah yang join so syabas dan aku harap yang join tu tak turut sama buang bayi…huhu.

Isu sangkar bayi atau bank bayi yang diutarakan di dalam Al-Islam keluaran April yang membuatkan hatiku tetiba rasa nak utarakan isu ni. Biar isu lapuk, biar isu basi tetapi selagi masih ramai bayi yang dibuang bagi aku ia sentiasa menjadi satu isu yang seperti tidak berpenghujung. Sape-sape yang nak tau pasal sangkar bayi tu beli atau pinjam ler majalah Al-Islam…aku tak nak cerita lelebih kang tak pasal-pasal aku kena saman ngan Utusan karya sebab majalah dia tak laku J

Dalam hal ini , aku sebenarnya pun keliru dan tak tau pihak mana yang harus dipersalahkan. Lelaki atau perempuan? Bagi aku kedua-duanya pun bersalah. Kalau lelaki tak goda pompuan untuk wat hal tak senonoh dan pompuan pun tak tergedik-gedik menyerah pasti tak terjadi bayikan? Bila tak terjadi bayi tak adalah buang bayi tapi dalam hal ni macam perempuan je yang Nampak bersalah sebab selalunya yang buang bayi ni perempuan sebab yang mengandung perempuan, yang beranak pun perempuan dan yang buat anak? Dah lari lintang pukang…hehe dan aku percaya masing-masing ada pendapat sendiri dan mungkin lagi bernas dan mungkin juga pelik-pelik.

Di kesempatah ini juga aku nak berkongsi satu kisah yang pernah terjadi kat keluarga salah seorang kawan aku. Ni bukan kes buang bayi tapi kes lain yang hampir ada kena mengena tapi tak berapa kena. Kawan aku ni ada abang yang dah bertahun kahwin tapi masih tak dapat anak . dah macam-macam cara dia orang usaha untuk dapat anak dan akhirnya dia org suami isteri sepakat nak ambil anak angkat. Dipendekkan cerita anak angkat yang dia orang ambil tu anak angkat yang lahirnya tak sah status atau anak yang lahir dari hubungan terlarang. Kata kawan aku lagi abang dia bayar kat mak budak tu sebanyak RM3000 untuk ambil budak tu sebagai anak angkat. Mungkin hal macam ni biasa didengar tetapi yang tak bestnya satu hari ni kawan aku terbuka cerita, yang anak angkat abang dia tu bukan satu-satunya anak terlarang mak dia tapi ramai rasanya tak kurang dari 4 orang dan hanya seorang yang dibela dan yang lain mungkin dijual…nauzubillah..macam-macam hal, bila tak buang anak dijual lak anak tu… leh wat bisnes lagi tu…maka berterusan lah anak luar nikah boleh dihasilkan sebab pendapatan yang menanti agak lumayan.Kalah bisnes yang berlambak-lambak kat facebook tu agaknya..

Napelah manusia ni teruk sangat ek? Ada anak dibuang, dijual yang tak ada anak sanggup buang duit jual tanah untuk berusaha dapatkan anak. Walau apa pun kepada kengkawan yang dah ada anak dan bakal jadik mak bapak didiklah anak sebaik-baiknya , baik anak lelaki atau anak perempuan.

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP